rss

Sunday, January 17, 2010

Life is JOY...



Hidup itu indah bagi mereka yang tahu menghargainya keseronokan,
Keseronokan itu akan menghidupkan mereka yang menghargainya,
Kita bukan sahaja hidup untuk menghadapi saat-saat keseronokan,
insan lahiriah tidak terlepas meghadapi saat-saat sebaliknya,

Manusia seringkali alpa tika menghadapi kesenangan,
kesenangan itu hanya sementara bagi yang alpa,
tiba masanya jua kesusahan melanda,
terduduk,terpaku, terpina akhirnya,

Pagi cerah tidak selamanya,
tiba tengaharinya panas jua,
adakalanya petang berhujan,
malam jua pastinya berembun,

manusia hanyalah pengembara alam,
alam fana patutnya disyukuri,
sensasi hidup bersamalah nikmatinya,
kerana hidup ini hanyalah sekali...